Bencana banjir bukan sahaja merosakkan harta benda, malah turut beri kesan kepada mental serta psikologi seseorang mangsa itu.

Pastinya ia merupakan tempoh yang sukar dilalui oleh mangsa-mangsa banjir untuk menghadapi dugaan ini.

Namun, atas keprihatinan agensi kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), maka dianjurkan beberapa aktiviti untuk menaikkan semangat mangsa banjir serta khidmat nasihat kepada mereka dalam memastikan aspek kesihatan mental dapat diperkasa.

Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Hafizi Rosli dari Rantau Panjang, Kelantan.